Followers

Monday, May 21, 2012

alhamdulillah... aku "pass"...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, apa yang ditunggu-tunggu untuk semester 3 kali ni. sudah dapat dilihat bila aku sign in pada gmail. Result final exam untuk semester 3 sudah dihantar oleh politeknik.





aku akan cuba yakinkan diri yang Allah betul-betul akan memberi kita sesuatu bersesuaian dengan usaha yang kita beri. aku rasa, cukup la pengalaman selama 2 semester tu. Itu mungkin pengajaran buat aku supaya jangan leka atau terlampau seronok sebab dapat masuk politeknik. Baik, buruk, kelebihan dan kekurangan yang aku peroleh kat poli, cukup la, aku tak mahu dah alaminya lagi sekali. aku tak mahu. Tapi, kalau ditakdirkan untuk aku mengalaminya, redha la tapi kalau boleh dielak, aku akan cari jalan untuk elak supaya tidak mengalaminya.

alhamdulillah..~


Banyak kali aku fikir sebelum-sebelum ni yang mungkin ada hikmah kenapa aku tidak dapat pointer 3 ke atas atau 3.5 ke atas. Barangkali malas, lalai akan wujud dalam hati aku. Apa pun syukur, alhamdulillah aku dapat 3 pointer ke atas. aku tak mahu hancurkan perasaan mak yang nak aku dapatkan 3 pointer ke atas. Biarlah tak dapat 3.5 pointer ke atas sekali pun, mungkin pointer yang aku dapat itu la yang terbaik untuk aku.


Semester baru, apa pembaharuan yang akan aku buat?
Adakah pointer yang lagi baik akan aku peroleh untuk semester 5 nanti?
Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk aku mendapat kejayaan untuk semester 5 ni.semester 4 dah nak g praktikal.. mudahan berjalan lancar.. :)

baca jea?jangan lupe like taw ^_^

Thursday, May 17, 2012

berangan nak kawen... wee~

salam and hellow eberyone....hihihi...

wedding dream!

OMG!

nak yang macamana yer? English style? Arabic style? perkahwinan ala-ala princess ? or macam cinderella?

mengarut la tu semua! kehkeh...




sebenarnya dalam islam,kita tidak digalakkan untuk membazir...melakukan semua itu memerlukan perbelanjaan besar . Pembaziran itu adalah amalan syaitan. Lebih baik kita bersederhana dan pastikan lepas selesai majlis kahwin itu tidak dibebani hutang yang bertimbun-timbun,kerana itu akan menganggu kebahagiaan rumahtangga yang baru nak bermula :)





kenapa tetiber bercakap soal kahwin ya..itu pun terdetik perkataan kahwin setelah duk tengok pix wedding kawan kt lappy .

huhuhuh...berangan je aku ni... tp kalau ada jodoh tak ke mana kans?hihih..

baca jea?jangan lupe like taw ^_^

Thursday, May 10, 2012

kerana sambal belacan :|

salam and hello peps... ape kabo sume? sehat ke?
korunk mesti pelik kan kenape tajuk entry ak kali ni mcm tu...


hihihi... ari ni xde pe yg nk share... sbb x sehat laa... kecian kan...
mane x nye.. sambal belacan diratah... resdung serang... terus selsema... dedaw gak badan aku ni...sedap...ape pon yang x boleh sume jadi boleh...





so,pesanan wt korunk,ingat!kalo nk ratah @ pape dgn sambal belacan tu,ingat dunia cikit...jangan jadi macam aku...tp ak x segan nak share resepi ringkas nak buat sambal belacan...hihihih...


Bahan-bahan (untuk 1 mangkuk)
1 cawan cili padi(tpulang la nk tmbh lg pon boleh :P)
1/4 cawan gula (kalo nk)
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan (jgn banyak sgt)
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon @ limau kasturi diambil airnya
Sedikit air masak

Cara-cara:

Bkar blacan slama 2 mnit @ nampak garing
Masukkan bawang besar n tumbuk sampai lumat
Kemudian tumbuk semua bahan-bahan di atas
Siap untuk dihidang dengan ulam ulaman @ ratah macam aku buat tuh..... :)
senang rite?


k la... ade feel macam nak amik angin kat luar la...
ok...daaaaa...salam... :)

baca jea?jangan lupe like taw ^_^

Wednesday, May 9, 2012

petanda dia adalah JODOH kita..

assalamualaikum sygs...


dah berape hari asyik terpikir je dalam kepale ni,betul ke pasangan kite ni jodoh kite,ataupon sebaliknye... tapi mane la kite tau kan,itu kan urusan tuhan...


entry kali ni aku nk share dgn korunk ade 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.let's read... :)







1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.



Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

baca jea?jangan lupe like taw ^_^

Monday, May 7, 2012

jom berangan same-same.. :)

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

baca ni n start berangan…(“,)

actually, the truth is…

:: ada 5 org kt dunia ni yg SAYANG kat kita n willing tO die fOr us ::

:: sekurang2nya ada 15 org kt dunia ni yg sayang kt kita in VARIOUS WAY ::

:: sebab utama org benci kita is just becOz SHE WANNA BE US ::

:: senyuman kita can make “peOple” happy, although “the people” HATE US ::

:: every night, SOMEONE INGAT kat KITA befOre he sleep ::

:: we’re MEANINGFUL dalam hidup seseorg ::

:: if it’s nOt becOz of us, seseorg x kan hidup bhagia ::

:: WE are SPECIAL n UNIQUE in our Own way ::

:: seseorg yg kita x knal LOVES US ::

:: when we make a bIg mistake, ada hikmah di sebaliknya ::

:: when we think we’re terpinggir, think again, maybe kita yg pinggirkan diri sndiri ::

:: bila kita fikir kita xde chance tO get what we want, kita x dpt apa yg kita nak. but, if we believe in ourself sOoner or later, WE’LL GET IT!!

pEace! love u…

baca jea?jangan lupe like taw ^_^

Sunday, May 6, 2012

tips tepati masa..

salam... ari ni baru aku jengah blog aku... sory la sygs,bz ckit dgn macam2 bende... ak tgh geram ni... so sini jela tmpat aku lepaskan..

aku nak share dgn korunk tips mcmne nk tepati mase...mmg bg korunk remeh... tp aku ttap nk share...jgn tipu la yg korunk x pnah jd tunggul utk nk mnuggu org kans...so,korunk bce la tips ni then bgtaw kat org yg slalu yg x punctual tu okay.. :P

1) Mengakui bahawa anda adalah orang yang mempunyai masa yang sukar menepati masa.

Seperti dengan sebarang masalah, anda tidak boleh menetapkan jika anda berada dalam penafian bahawa ia adalah masalah pada semua. Tetapi jika datang lewat kronik anda mula meneran kerja anda dan / atau hubungan anda, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengakui ini sebagai kelemahan supaya anda boleh mula berusaha ke arah membetulkan ia. Walaupun jika ia adalah masalah yang rasional, seperti lalu lintas atau kanak-kanak kecil, adalah tidak perlu merasa buruk hanya berusaha mengatasinya!


2)Perlu peka dengan waktu.

Pastikan jam anda tepat. Bagi sesetengah orang, bergerak masa pada jam tangan mereka akan membantu mereka lebih awal. Bagi yang lain pula, mereka separa sedar akan tahu bahawa masa itu adalah salah dan supaya mereka tidak menghiraukan sama sekali. Ia boleh membantu anda untuk menetapkan jam tangan anda hanya dua minit lebih awal dan bukannya lima atau sepuluh. Ini akan membuat anda kurang cenderung untuk "faktor" mereka beberapa minit tambahan.
Simpan jam, telefon, komputer atau apa-apa yang memaparkan masa dalam setiap bilik rumah anda. Salah satu cara paling mudah untuk menjalankan lewat adalah semata-mata dengan tidak menyedari bahawa masa yang akan secepat ia adalah.
Menetapkan semua jam dan jam tangan anda untuk masa yang sama.
Jangan optimis. Perkara yang biasanya mengambil jauh lebih lama daripada yang anda harapkan, walaupun tanpa kelewatan utama. Jika anda mempunyai tarikh makan malam pada pukul 6:30 PM, tidak fikir anda boleh bekerja dalam halaman anda sehingga 6:00, kemudian mandi, perubahan, dan memandu di seluruh bandar dan pada masa yang ditetapkan. Realistik menilai anda akan mengambil setiap langkah dan kemudian menambah 10 minit lebih membenarkan untuk kelewatan yang tidak diduga, atau anda boleh mendapat restoran 1 dan mendapat 1 kerusi baik, atau jika tarikh anda ada awal juga, anda boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan setiap lain! Jika anda adalah seorang hakim yang miskin masa, gunakan jam randik atau menonton digital ke semasa berapa lama ia akan membawa anda untuk melakukan tugas-tugas rutin untuk meningkatkan ketepatan anda. Walau bagaimanapun, anda masih perlu memberi diri anda kusyen untuk kelewatan yang tidak diduga.

3)Melakukan diri anda untuk menjadi 15 minit lebih awal untuk semua.

Jika anda perlu bekerja pada pukul 8:00, tidak walaupun memberitahu diri sendiri ini. Anda hanya perlu memberitahu diri anda (dan orang lain yang mendengar tetapi tidak menggusarkan mereka atau membuat mereka berfikir bahawa mereka lewat atau awal!) "Saya perlu berada di tempat kerja pada 7:45." Jika anda melakukan ini, anda akan berada pada masa walaupun dengan sedikit gangguan yang tidak diduga. Anda akan berada di masa walaupun dengan kesesakan lalulintas. Dan pada masa-masa yang jarang berlaku bahawa anda sebenarnya muncul 15 minit awal, anda akan mendapat pujian kerana menjadi employee.You bersemangat juga boleh berbual dengan orang lain yang awal, dan yang akan membuat anda bahagia sebelum kerja-kerja!

4)Membuat temujanji pada masa yang tepat, mungkin kelihatan overprecise.

Sebagai contoh, bukannya menetapkan mesyuarat pada pukul 3 petang, cuba 3:10. Ini membantu untuk memberi tumpuan kepada masa permulaan, dan memberikan gambaran bahawa ia bukan sahaja lebih pendek, tetapi ketepatan yang lebih penting. (Jangan beritahu orang lain bahawa ia psikologi atau mereka mungkin menolak kelewatan!)




walaupun copy paste,bg aku bende ni pnting untuk kite taw... btw,hope enjoy bile bce k... :)

baca jea?jangan lupe like taw ^_^

Friday, November 4, 2011

my buffday...

salam... =)
okay focus on topic, sebenarnya nak share pengalaman aku sambut hari jadi.hari jadi aku da lepas 2 days ago..huhu..ingat tak dulu masa kecik2 kalau sambut hari jadi je mesti excited habis lengkap dengan belonnye sampai tak nampak lantai, rambu ramba, gayut sana sini dll (fuh guna kamus dewan punya etc, hahaha) memang rindu zaman tuh, kalau sekarang nak belon sampai penuh lantai atap semua jawapnya tiup sendiri la belon tu, kempis perut.


aku sambut birthday bulan nov, birthday aku yg pilng last dlm family..yg lain da lepas... jadi dulu selalu sambut sekali dengan family n frens. (mungkin save bajjet).tp dis year wish lt hostel je.sbb x blik umah n dis year agak suram sebaab arwah abah x de bersama aku tok wish skali....sob3... :'(


hari jadi aku setiap tahun, maksud aku every year!dulu selalu je celebrate dekat hostel dulu sebab time hari jadi aku mesti kt hostel. so, baling tepung n sirap semua tu kan, tapi benda2 itulah yang aku dah rasa.kalau kt uma,x de mcmni,, logik la sikit, takkan parents aku nak balik tepung dengan sirap kot? lepas tu terus bakar masuk oven. hahaha.


btw,time bufday aku kalu x de bnde tu x sah... n thnx for kengkawan dari aku form 1 smpai skrg yg x pernah lupa tradisi main baling tepung bagai... aku hargai suma tu....
thnx yaw... <3




sory lah sbb aku x upload pix aku sendiri,sbb time tu x sempat nk snap arh... ;

baca jea?jangan lupe like taw ^_^