Followers

Monday, May 21, 2012

alhamdulillah... aku "pass"...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, apa yang ditunggu-tunggu untuk semester 3 kali ni. sudah dapat dilihat bila aku sign in pada gmail. Result final exam untuk semester 3 sudah dihantar oleh politeknik.





aku akan cuba yakinkan diri yang Allah betul-betul akan memberi kita sesuatu bersesuaian dengan usaha yang kita beri. aku rasa, cukup la pengalaman selama 2 semester tu. Itu mungkin pengajaran buat aku supaya jangan leka atau terlampau seronok sebab dapat masuk politeknik. Baik, buruk, kelebihan dan kekurangan yang aku peroleh kat poli, cukup la, aku tak mahu dah alaminya lagi sekali. aku tak mahu. Tapi, kalau ditakdirkan untuk aku mengalaminya, redha la tapi kalau boleh dielak, aku akan cari jalan untuk elak supaya tidak mengalaminya.

alhamdulillah..~


Banyak kali aku fikir sebelum-sebelum ni yang mungkin ada hikmah kenapa aku tidak dapat pointer 3 ke atas atau 3.5 ke atas. Barangkali malas, lalai akan wujud dalam hati aku. Apa pun syukur, alhamdulillah aku dapat 3 pointer ke atas. aku tak mahu hancurkan perasaan mak yang nak aku dapatkan 3 pointer ke atas. Biarlah tak dapat 3.5 pointer ke atas sekali pun, mungkin pointer yang aku dapat itu la yang terbaik untuk aku.


Semester baru, apa pembaharuan yang akan aku buat?
Adakah pointer yang lagi baik akan aku peroleh untuk semester 5 nanti?
Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk aku mendapat kejayaan untuk semester 5 ni.semester 4 dah nak g praktikal.. mudahan berjalan lancar.. :)

baca jea?jangan lupe like taw ^_^

3 comments:

ASSALAMUALAIKUM..sila tinggalkan komen anda..